STPM!!

Assalamualaikum..
Wehuu.. Hari tu berdebar sangat result keluar.. Bila slip dah keluar.. Haii, siap potong barisan nak ambik slip.. Haha..sorry kawan.. hihi.. Tak dapat lagi da nak tahan sakit perut .. Macam2 rasa ada.. Faa dapat ponter 3.67. 

Syukur alhamdulillah.. Walaupun agak frust rasanya sebab alang2 tapi tak sampai ke pangkal lengan..hahaii.. Tapi Faa tetap bersyukur ke hadrat ilahi..
Nak dijadikan cerita, target memang semua orang nak yang terbaik ye tak.. Alhamdulillah.. Apa pun yang kita dapat, itu adalah hasil usaha kita sendiri. Yang kurang tu mungkin kita kena usaha lebih.. Orang selalu kata 'awak tak apa, awak pandai'. Maaf, ada ke istilah macam tu? Kita semua sama.
Bagi Faa, belaja kene dengan niat yang ikhlas betul2 ikhlas nak berjaya.. Orang sekeliling memang dengki.. Tak dapat lihat orang lebih baik dari dia. Cakap itu ini.. Nasihat Faa jadikan kelemahan kita yang orang sibuk kata sebagai satu cabaran. Insyallah.. Kejayaan yang kita perolehi dapat buat orang tu bisu terus. Haha.. Faa batch STPM 2013 yang pertama sekali guna sistem baharu. Susah? Memang la.. Mana ada yang senang. Bersabar je kan.. Kawan2 pun banyak yang keluar dari form6.. Orang luar pun sibuk pandang rendah kat kami pelajar form6 ni.. Yee, memang kami tak standard.. Guna baju sekolah.. Tapi sapa lebih standard lepas ni kalau belajar tinggi bila kami masuk jadi junior pula.. ekeke..khas kepada individu tertentu..  Sedarla yang kita ni sama je.. Yang dah masok U pulak kata form6 tak apela.. senang.. What? senang? Kami belajar 4 - 5 bulan je.. Skop yang dibelaja banyak.. cukup2 untuk setahun setengah.. PBS pula.. Semua kena berlumba masa.. Masa kami masa persekolahan mana ada kelas petang.. Format pun masih belum tetap.. Buku dah sebulan baru ada.. 
Adik2 yang lepasan SPM 2013 kalau rasa nak masuk form6 teruskan. Peduli la apa orang nak kata. Form6 ni shortcut. Habis form6 nak sambung U terus ambil degree. Kalau awal2 nak masuk U lepas tu nak ambil degree kene diploma dulu 3 tahun. Tapi kalau nak masuk form6 ni kene la belajar betul2, berusaha lebih. Form6 kalau gagal, habis drama.. Kalau dapat result tip top memang laku. (tapi kena la jual sana jual sini) haha.. setiap benda mana ada senang kan. Semua perlu usaha. Well, make ur rite decision. Its all about ur future. Apa2 pun.. gudluck semua.. Ramai tanya nak sambung mana lepas ni? Tengok la.. Kalau dapat kerja lebih baik kerja dulu.. Sekarang ramai yang mengangur. Dah ada kerja nanti sambung belaja balik.. dapat sijil mohon kenaikan pangkat.. Kalau nak belaja pun tak payah risau pasal duit lagi.. Tu je Faa dapat bagi pesan2.. Terpulang kepada diri sendiri dan kemampuan diri.. Assalamualikum..

Tiada ulasan: